Kamis, 01 Desember 2022

Hukum qabliyah jum'at

 ⏭ *KEMUSYKILAN* ⏮


[17/11/2017, 9:17 mlm] Hj. Nordin M4:
🔴 as salam ust,
ada sahabat saya bertanya hari jumaat nk solat sunat sebelum & selepas solat jumaat dgn 4 rakaat (2 rakaat + 2 rakaat) boleh tak? wassalamqabliyaah
hj nordinoor, kg pulau sg bkp

•═════◎◎۩❁۩◎◎═════•

┏✍🏼📖🕌 ━━━━━━━━━━━┓
       © *_PENCERAHAN_* ®
┗━━━━━━━━━━━🕌📖✍🏼 ┛

            *وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته* 

🔵 *SHALAT SUNAT QABLIYYAH JUMU'AH: (KHILAF)*

📑 *PENDAPAT PERTAMA*:
✅ *Tidak ada Shalat sunat Qabliyyah Jumu'ah*.
Ini adalah pendapat dlm mazhab Imam Malik, pendapat Imam Asy-Syafi'e dan pendapat yang masyhur dalam mazhab Imam Ahmad.

📑 *PENDAPAT KEDUA*:
✅ *Adanya Shalat Sunat Qabliyyah Jumu'ah*.
◾" _Ibnu 'Umar memperpanjangkan *shalat (sunat) sebelum Shalat Fardhu Jumu'ah* dan Shalat sunat dua rakaat sesudahnya di rumahnya. Ia menceritakan bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi waSallam juga melakukan seperti itu._"
📚 _Hadits riwayat Abu Daud no. 1130; Ibnu Hibban no. 2476._

◾👉🏼 Imam an-Nawawi mengatakan: " _Hadits dengan *Sanad yang Shahih* menurut syarat Al-Bukhari._"
📘 _Al-Khulashah 2/812._

◾👉🏼 Asy-Syaukani berkata: *" Dua rakaat ini [iaitu 2 rakaat yg Rasulullah suruh Sulaik Al-Ghathafani shalat setibanya ke masjid ketika baginda berkhutbah] adalah shalat SUNAT QABLIYYAH JUMU'AH, bukan Tahiyyatul Masjid*. Hadits ini dinilai Shahih oleh Al-'Iraqi."
📗 _Nailul-Awthar 3/314._

🔵 *SHALAT SUNAT BA'DIYYAH JUMU'AH*:

Rasulullah Shallallahu Alaihi WaSallam mendirikan Shalat sunat Ba'diyyah Jumu'ah di rumahnya sebanyak dua (2) rakaat.

◾ Saiyidina 'Ibnu 'Umar Radhiallahu'anhuma mendirikan Shalat sunat Ba'diyyah Jumu'ah di masjid sebanyak empat (4) rakaat, dan jika di rumah, ia mendirikannya sebanyak dua (2) rakaat.
📗 _Sunan Abu Daud no. 1130._

▶✅ *KESIMPULANNYA*:

Maka jawapan kepada persoalan Tuan Haji Nordin adalah:
*Jika kebiasaan khatib lambat naik ke mimbar, maka boleh dirikan Shalat sunat seperti yang disebut oleh sahabat itu. Tetapi jika hanya lulus utk 2 rakaat sahaja, maka dirikan 2 rakaat sahaja Sunat Qabliyyah tersebut.*

*Adapun Shalat Sunat Ba'diyyah, lakukan seperti yang dilakukan oleh Saiyidina Ibnu 'Umar Radhiallahu'anhuma.*

✍🏼 # _*Ustaz Ismail al-Bakabi*_

     ✅ *SHARE* untuk lebih manfaat.
               ❎ *JANGAN EDIT*
📝🗃📝🗃📝🗃📝🗃📝🗃📝

Tidak ada komentar:

Posting Komentar