⏭ *KEMUSYKILAN* ⏮
[17/11/2017, 9:17 mlm] Hj. Nordin M4:
π΄ as salam ust,
ada sahabat saya bertanya hari jumaat nk solat sunat sebelum & selepas solat jumaat dgn 4 rakaat (2 rakaat + 2 rakaat) boleh tak? wassalamqabliyaah
hj nordinoor, kg pulau sg bkp
•═════◎◎۩❁۩◎◎═════•
┏✍πΌππ ━━━━━━━━━━━┓
© *_PENCERAHAN_* ®
┗━━━━━━━━━━━ππ✍πΌ ┛
*ΩΨΉΩΩΩΩ
Ψ§ΩΨ³ΩΨ§Ω
ΩΨ±ΨΩ
Ψ© Ψ§ΩΩΩ ΩΨ¨Ψ±ΩΨ§ΨͺΩ*
π΅ *SHALAT SUNAT QABLIYYAH JUMU'AH: (KHILAF)*
π *PENDAPAT PERTAMA*:
✅ *Tidak ada Shalat sunat Qabliyyah Jumu'ah*.
Ini adalah pendapat dlm mazhab Imam Malik, pendapat Imam Asy-Syafi'e dan pendapat yang masyhur dalam mazhab Imam Ahmad.
π *PENDAPAT KEDUA*:
✅ *Adanya Shalat Sunat Qabliyyah Jumu'ah*.
◾" _Ibnu 'Umar memperpanjangkan *shalat (sunat) sebelum Shalat Fardhu Jumu'ah* dan Shalat sunat dua rakaat sesudahnya di rumahnya. Ia menceritakan bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi waSallam juga melakukan seperti itu._"
π _Hadits riwayat Abu Daud no. 1130; Ibnu Hibban no. 2476._
◾ππΌ Imam an-Nawawi mengatakan: " _Hadits dengan *Sanad yang Shahih* menurut syarat Al-Bukhari._"
π _Al-Khulashah 2/812._
◾ππΌ Asy-Syaukani berkata: *" Dua rakaat ini [iaitu 2 rakaat yg Rasulullah suruh Sulaik Al-Ghathafani shalat setibanya ke masjid ketika baginda berkhutbah] adalah shalat SUNAT QABLIYYAH JUMU'AH, bukan Tahiyyatul Masjid*. Hadits ini dinilai Shahih oleh Al-'Iraqi."
π _Nailul-Awthar 3/314._
π΅ *SHALAT SUNAT BA'DIYYAH JUMU'AH*:
Rasulullah Shallallahu Alaihi WaSallam mendirikan Shalat sunat Ba'diyyah Jumu'ah di rumahnya sebanyak dua (2) rakaat.
◾ Saiyidina 'Ibnu 'Umar Radhiallahu'anhuma mendirikan Shalat sunat Ba'diyyah Jumu'ah di masjid sebanyak empat (4) rakaat, dan jika di rumah, ia mendirikannya sebanyak dua (2) rakaat.
π _Sunan Abu Daud no. 1130._
▶✅ *KESIMPULANNYA*:
Maka jawapan kepada persoalan Tuan Haji Nordin adalah:
*Jika kebiasaan khatib lambat naik ke mimbar, maka boleh dirikan Shalat sunat seperti yang disebut oleh sahabat itu. Tetapi jika hanya lulus utk 2 rakaat sahaja, maka dirikan 2 rakaat sahaja Sunat Qabliyyah tersebut.*
*Adapun Shalat Sunat Ba'diyyah, lakukan seperti yang dilakukan oleh Saiyidina Ibnu 'Umar Radhiallahu'anhuma.*
✍πΌ # _*Ustaz Ismail al-Bakabi*_
✅ *SHARE* untuk lebih manfaat.
❎ *JANGAN EDIT*
πππππππππππ